CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 25 Ogos 2009




Isu mat rempit ini tidak akan selesai sekiranya hanya pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Semua pihak, termasuklah ibu bapa dan pihak sekolah, turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.

Usaha yang dimainkan kerajaan untuk mengadakan kempen dan program bersama mat rempit merupakan salah satu usaha yang harus dipuji kerana ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk bersama membanteras gejala yang tidak sihat ini.


Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu mat rempit ini.

Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik.

Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.

Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.

Secara tidak langsung, ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini.

Namun demikian, peranan ibu bapalah yang paling penting sekali kerana rata-rata mereka yang terlibat dalam kegiatan ini didapati kurang mendapat perhatian dari ibu bapa mereka. Malahan, ada segelintir ibu bapa dengan mudah membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal walaupun mereka tahu anak-anak mereka itu langsung tidak mempunyai lesen.




Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut.

Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi.

Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.
Bagaimana kita nak menangani masalah budaya merempit di kalangan remaja? Malah keadaan akan menjadi semakin serius sekiranya kita terus membiarkan mereka bermaharajalela. Lihat sajalah berapa banyak kes yang dikaitkan dengan mat-mat rempit ini. Seks bebas, ragut, dadah, bunuh dan sebagainya. Semuanya demi kepuasan diri masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada juga di kalangan mat-mat rempit ini yang tidak terjebak dalam masalah yang saya nyatakan tadi, tapi lumba haram yang disertai mereka boleh mengundang kecelakaan jalan raya kepada diri mereka dan juga orang awam.
Jadi apakah puncanya golongan belia ini merempit dan mengapa masyarakat kita gagal menanganinya?

Ahad, 23 Ogos 2009






Pada post kali ini,saya ingin memberitahu kepada anda sedikit tentang punca dan sebab kenapa gejala rempit ini sukar ditangani.Sebenarnya punca ni saya cari dalam internet tetapi saya nak brkongsi kepada anda supaya anda dapat ambil teladan.
Menurut Dr.Azeem Fazwan Ahmad Farouk,pensyarah di Universiti Sains Malaysia,budaya merempit ini gagal gagal ditangani kerana disebabkan oleh sikap masyarakat kita sendiri.Beliau berpendapat masyarakat sering menunding jari kepada agensi penguatkusaan seperti polis,dan JPJ apabila menyentuh mengenai isu rempit ini.Kita masyarakat sebenarnya tidak boleh buat endah tak endah jer dengan perkara ini.
Memang ada betul kata Dr.Azeem ni,tetapi mat-rempit ini mudah melenting apabila dicabar dan ditegur.Ada di antara mereka memang tak makan saman.Takut-takut kita pulak yang akan menjadi sasaran diorang selepas ini.Sebab tu la ramai yang takut nak berbuat apa-apa.Dr.Azeem berpendapat faktor utama kegiatan merempit ini adalah disebabkan golongan itu berasa bosan dan mahu ingin mencari keseronokan ekstrem dalam hidup mereka.Faktor tersebut dibimbangi kemudiannya akan mengundang ke[ada masalah jenayah lain seperti pergaduhan,merompak,ragut, dan rogol.Dalam hal ini,ibu bapa merupakan institusi utama yang perlu dipersalahkan kerana tidak memantau pergerakan anak-anak mereka.Ibu bapa seharusnya tahu ana-anak mereka berkawan dengan siapa,dan kemana mereka pergi.Ibu bapa seharusnya membimbing dan bukannya mengharapkan para guru di sekolah semata-mata.
Satu lagi faktor yang saya rasa punca merempit ini semakin menjadi-jadi adalah denga kehadiran filem-filem yang berunsur rempit dan budaya bebas di pawagam.Filem buatan Malaysia lagi tuu..Tajuk-tajuk filem seperti Rempit, dan Bohsia memang menjadi kegilaan di kalangan anak-anak muda masa kini.Memang tujuan asal filem-filem ini cuba untuk memberi kesedaran.
Tetapi masalahnya adakah mereka ni menerima mesej yang nak disampaikan atau mereka hanya mahu melihat adegan-adegan panas dan ekstrem dalam filem itu saja????
Anda semua pun leh jangkakan sendiri peningkatan kes lumba haram selepas filem Rempit ditayangkan.
Persoalan sekarang kemana perginya Jabatan Penapisan Filem Malaysia?????













Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.
Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi.Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek , handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya , jalan berlubang , berair , berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan , musuh dan orang ramai.Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya. .











Sikap mat rempit amat la pelik kerana mereka merasakan seronok apabila ada sekatan polis trafik.Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis.Malah ada antara mereka sanggup melawan arus dan merempuh sekatan di jalan raya.Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota mereka tidak pedulikan.Ibu bapa akan menyalahkan polis apabila bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju.Ada juga kes dimana polis membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan lari.Akhirnya apabila pihak polis serik memberi kerjasama membendung gejala ini,sekali lagi ibu bapa menyalahkan pihak polis apabila pejam mata sahaja.Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.

Sabtu, 22 Ogos 2009





Pada post kali ini pula saya ingin menbincangkan tentang kejadian gaduh,rogol dan cabul yang dilakukan oleh mat-mat rempit.
Saya terbca dalam surat khabar yang mengatakan bahawa 15 mat rempit antara umur 17 dan 19 tahun merogol seorang gadis di Felda Chini,Pekan.
Memang betul membimbangkan kerana takut terkena kepada saudara terdekat kita kan.
Yang lebih membimbangkan ialah budak-budak belasan tahun yang buat jenayah ni.Penjenayah-penjenayah ni sepatutnya masih di bangku sekolah sudah tidak berminat untuk belajar.Persekolahan dan pendidikan formal yang dipelajari dari tadika hingga tingkatan lima atau sekurang-sekurangnya 12 tahun langsung tidak dapat mendidik mereka ini menjadi insan yang lebih berakhlak dan beragama.
Kelemahan sistem pendidikan negara ditambah pula dengan suasanan persekitaran negara diman kerajaan sendiri menyuburkan budaya negatif seperti membiarkan tempat-tempat maksiat dan memberi lesen kepada rumah-rumah urut,tempat hiburan seperti disko menjadikan remaja lebih mudah terjerumus kepada kancah jenayah dan maksiat.
Malangnya setiap kali hal ini dibincangkan ibu bapa akan dipersalahkan dimana mereka tidak pandai mendidik anak dan membiarkan anak-anak mereka menjadi liar.Memang tidak dinafikan ibu bapa memang ada salahnya tetapi menunding jari kepada ibu bapa 100% bagi saya tidak boleh juga.ini keran apbila anak mereka keluar daripada rumah mereka akan terdedah dengan 1001 macam unsur-unsur dan tempat-tempat maksiat yang masih beroperasi dan dibenarkan oeh pihak berkuasa.
Saya pemberian lesen kepada majalah-majalah separa lucah,menyiarkan rancangan TV yang hanya mementingkan hiburan dan menggalakkan konsert tidak sepatutnya berlaku kerana ianya akan mempengaruhi remaja menjadi lebih liar dan ganas serta suka melakukan jenayah seperti bergaduh,rompak,rogol dan sebagainya.







Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog sy.Post kli ni sy nk kongsi dengan anda tentang isu mat rempit juga iaitu penularan minah-minah rempit yang semkin naik dengan mat rempit.
Saya rasa anda semua mesti dah lihat aksi minah rempit yang whelly motor,dalam surat khabar pun ada gambar seorang minah rempit yang sedang whelly.Kalau anda tidak pernah lihat biar saya tunjuk.
















Ni perempuan tau,tengok la aksi minah ni lebih dasyat dari lelaki kan???
Bukan tu saja,ada juga minah rempit yang kononnya sehidup semati dengan boyfriend ye sanggup jadi pengimbang kat belakang apabila boyfriend dia angkat tayar depan.Cam gambar kat bawah ni,











Memang tidak sayang nyawa betul mereka ni kan?
Saya pun hairan macam mana minah-minah ni sanggup ikut lelaki yang macam mat rempit ni.
Kat siapa harus kita persalahkan apabila berlaku sesuatu seperti kemalangan ni.
Saya rasa tidak boleh juga nak salahkan mat rempit itu 100% sebab minah-minah tu juga yang ikut.
Macam mana la jikalau mak ayah diorang lihat anak dara mereka berkelakuan sebegini,tidak kah menitis air mata mereka melihat kerosakan akhlak anak mereka ni.Memang sedih la kalau difikirkan.
Minah camni memang akan rosak kalau ikut mat rempit.dan saya yakin bahawa minah-minah ni pasti dah kehilangan dara dek kerana serahkan kepada mat rempit ni.Bukan nak menuduh tetapi sudah banyak video-video seks minah rempit dengan mat rempit tersebar di internet.kt youtube pn ada.
anda semua cuma taip minah rempit je,mesti ada video-video yang tidak senonoh.


Khamis, 20 Ogos 2009













Pada post ni saya ingin membincangkan tentang salah satu daripada gejala mat rempit ini ialah kejadian ragut.Mesti sesiapa pun dh tau bahawa kejadian mat rempit yang ragut beg duit wanita yang sedang mengandung dan menyebabkan kematian.Bukan nya satu kes,malah ada dua kes ragut terhadap wanita mengandung.














Gambar ni perempuan tu adalah mangsa kekejaman peragut yang mungkin mat rempit.
Seorang ibu yang sedang hamil dua bulan.Namanya Jamilah,31 tahun telah meninggal dunia apabila dia terjatuh daripada motosikal akibat disentap oleh peragut.Motosikalnya terheret beberapa meter kerana dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh dengan mukanya terhentak di jalan.memang betul-betul kejam sebab peragut tu melarikan ciri tanpa mempedulikan wanita tersebut.Kecian kat anak ye menangis tak henti-henti.
Ingatkan sudah tidak ada kes macam tu,tetapi keesokannya ada lagi kes ragut wanita hamil.Yang ni berlaku di Kota Bharu,wanita yang hamil 4 bulan dan mempunyai lima orang anak,juga maut apabila dirempuh kereta selepas terjatuh daripada motosikal akibat di ragut oleh dua lelaki bermotosikal.
Memang sudah melampau.Hanya nakkan duit yang tidak seberapa sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.Masalah ini boleh mencemarkan imej negara.Pernah dengar tak tentang seorang pelancong yang kena ragut?nasib tidak ada kematian,kalau tidak lagi cemar la imej negara kita ini.
Siapa yang patut dipersalahkan dalam masalah ini.????????
Ape tindakan yang telah dilakukan dalam membasmi masalah ragut ini???
Tak mungkin kita nak tunggu ahli keluarga atau saudara-mara yang kena baru nak amik kisah?
Saya rasa la kan kita sendiri yang patut berfikir dimana ingin mengelakkan daripada diragut.Dah kalau rantai,beg tangan terpampang untuk tontonan umum memang la senang untuk mat rempit ragut nya.kebanyakan masalah ragut semakin berleluasa mungkin kerana sikap wanita itu sendiri kerana suka menunjuk-nunjuk barang kemas dan membawa beg tangan kat bahu.Sikap yang macam tu la selalunya akan membawa kepada ragut.Kepada wanita-wanita yang mengunjungi blog saya,saya nasihatkan supaya berhati-hati semasa berjalan.Lepas tu elakkan daripada jalan seorang diri pada tempat yang sunyi.


Isu mat rempit ini semakin serius apabila pengguna jalan raya yang tidak bersalah telaha menjadi korban kepada mereka yang tidak berfikir panjang seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Kelantan iaitu Muhammad Aufal Khalifah Mohd Saberi yang maut apabila dirempuh oleh seorang mat rempit.
Disebabkan itulah mat-mat rempit ni amat membahayakan seluruh masyarakat.Sikap mereka yang sangat kurang ajar telah membangkitkan kemarahan semua orang seperti tindakan mereka yang berani memukul dan mencederakan penguna jalan raya yang menegur mereka.Malahan anggota polis pun ada yang pernah menjadi mangsa tindakan melulu mereka dimana ada yang cedera dan terkorban semasa dalam operasi mat rempit tersebut.Saya amat binbang tentang gejala mat rempit ini kerana mereka sangat tidak dapat dihalang dan semakin menjadi-jadi,bukan itu sahaja malah ada antara mereka yang baru belasan tahun sanggup berhenti sekolah dan ikut gejala-gejala yang tidak berfaedah ini.tgk gmbr ini di atas,pelajar sekolah yang ponteng dan buat kerja ni.

Sungguh memalukan kalau ada masyarakat luar yang melihatnya kan.tetapi mereka bukan fikir pun pasal tu,yang mereka tahu hanya keseronokan apabila boleh beraksi berbahaya macam tu.Mereka sebenar ni cuma nak perhatian dan dikatakan hebat di jalan raya,Bagi kumpulan mereka,orang yang paling berani akan disanjung.Oleh sebab itu lah ramai diantara mereka tidak mempedulikan bahaya yang menanti mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Mungkin juga mereka menganggap dengan melakukan aksi willy dan superman merupakan aksi yang hebat,tetapi mereka betul-betul tidak bahawa semua yang mereka lakukan adalah menunjukan kebodohan mereka dan sikap biadab kepada pennguna jalan raya lain.

Selasa, 11 Ogos 2009




Kebelakangan ni banyak terdengar isu mat rempit ni. Popular sangat sampaikan ada pengarah buat movie pasal mereka ni. Tajuk movie tu, apa lagi kalau bukan Remp-It!?
Walaupun banyak kita dengar rempit-rempit ni, apa sebenarnya maksud "mat rempit"???saya pun buat lah sikit research kat internet. Puas saya cari dalam laman web last-last saya jumpa kat laman mat salleh wikipedia tu. Tapi dalam BI lah.



"The definition of Mat Rempit is dare-devil motorcycle rider which perform dangerous skill or racing while riding a motorcycle on public road. In Malaysia, most of the Mat Rempit use Kapcai (which is underbone motorcycle or scooter). They act like gangster and usually were to travel in one big group." Wikipedia.


Laman tu banyak info pasal mat-mat ni. Menarik sekali. Saya malas nak cerita banyak-banyak sini.kalau nak tau lebih lanjut researh je kt wikipedia.Kalau kita search dalam google pun boleh dapat banyak result.Bermacam-macam cerita tentang mat-mat rempit ni kat situ.


Itu tak hairan lah, tapi yang shocking sekali ialah, mat rempit pun dah pandai post aksi mereka dalam YouTube. Tengoklah rakaman ni..





Jumaat, 7 Ogos 2009

Ini kah yang dikatakan remaja masa kini????adakakah sekiranya remaja melayu kita terus rosak dek kerana rosaknya sosial antara mereka?????/








Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog saya ini,pertama sekali saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang kegiatan2 mat rempit sekarang.Antara gejala yang sering dilakukan oleh mat rempit sekarang ialah seperti lumba haram,meragut,menunggang motosikal dalam keadaan membahaya serta bohjan dan bohsia yang bergaul secara bebas.
Sebenarnya isu lumba haram atau lebih dikenali sebagai mat rempit ini adalah bukan isu yang baru memandangkan gejala ini telah wujud sekian lamadi jalan-jalan raya di negara ini.

yang ni siap buat lagu lagi pasal lumba haram


saya pun hairan kenapa ada sesetengah ibu bapa langsng tidak mengendahkan tentang aktiviti-aktiviti yang rosak macam ni kan.