Pada post kali ini pula saya ingin menbincangkan tentang kejadian gaduh,rogol dan cabul yang dilakukan oleh mat-mat rempit.
Saya terbca dalam surat khabar yang mengatakan bahawa 15 mat rempit antara umur 17 dan 19 tahun merogol seorang gadis di Felda Chini,Pekan.
Memang betul membimbangkan kerana takut terkena kepada saudara terdekat kita kan.
Yang lebih membimbangkan ialah budak-budak belasan tahun yang buat jenayah ni.Penjenayah-penjenayah ni sepatutnya masih di bangku sekolah sudah tidak berminat untuk belajar.Persekolahan dan pendidikan formal yang dipelajari dari tadika hingga tingkatan lima atau sekurang-sekurangnya 12 tahun langsung tidak dapat mendidik mereka ini menjadi insan yang lebih berakhlak dan beragama.
Kelemahan sistem pendidikan negara ditambah pula dengan suasanan persekitaran negara diman kerajaan sendiri menyuburkan budaya negatif seperti membiarkan tempat-tempat maksiat dan memberi lesen kepada rumah-rumah urut,tempat hiburan seperti disko menjadikan remaja lebih mudah terjerumus kepada kancah jenayah dan maksiat.
Malangnya setiap kali hal ini dibincangkan ibu bapa akan dipersalahkan dimana mereka tidak pandai mendidik anak dan membiarkan anak-anak mereka menjadi liar.Memang tidak dinafikan ibu bapa memang ada salahnya tetapi menunding jari kepada ibu bapa 100% bagi saya tidak boleh juga.ini keran apbila anak mereka keluar daripada rumah mereka akan terdedah dengan 1001 macam unsur-unsur dan tempat-tempat maksiat yang masih beroperasi dan dibenarkan oeh pihak berkuasa.
Saya pemberian lesen kepada majalah-majalah separa lucah,menyiarkan rancangan TV yang hanya mementingkan hiburan dan menggalakkan konsert tidak sepatutnya berlaku kerana ianya akan mempengaruhi remaja menjadi lebih liar dan ganas serta suka melakukan jenayah seperti bergaduh,rompak,rogol dan sebagainya.
Sabtu, 22 Ogos 2009
Posted by mohdalifazroy-129174.blogspot.com at Sabtu, Ogos 22, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan