CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 Ogos 2009













Pada post ni saya ingin membincangkan tentang salah satu daripada gejala mat rempit ini ialah kejadian ragut.Mesti sesiapa pun dh tau bahawa kejadian mat rempit yang ragut beg duit wanita yang sedang mengandung dan menyebabkan kematian.Bukan nya satu kes,malah ada dua kes ragut terhadap wanita mengandung.














Gambar ni perempuan tu adalah mangsa kekejaman peragut yang mungkin mat rempit.
Seorang ibu yang sedang hamil dua bulan.Namanya Jamilah,31 tahun telah meninggal dunia apabila dia terjatuh daripada motosikal akibat disentap oleh peragut.Motosikalnya terheret beberapa meter kerana dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh dengan mukanya terhentak di jalan.memang betul-betul kejam sebab peragut tu melarikan ciri tanpa mempedulikan wanita tersebut.Kecian kat anak ye menangis tak henti-henti.
Ingatkan sudah tidak ada kes macam tu,tetapi keesokannya ada lagi kes ragut wanita hamil.Yang ni berlaku di Kota Bharu,wanita yang hamil 4 bulan dan mempunyai lima orang anak,juga maut apabila dirempuh kereta selepas terjatuh daripada motosikal akibat di ragut oleh dua lelaki bermotosikal.
Memang sudah melampau.Hanya nakkan duit yang tidak seberapa sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.Masalah ini boleh mencemarkan imej negara.Pernah dengar tak tentang seorang pelancong yang kena ragut?nasib tidak ada kematian,kalau tidak lagi cemar la imej negara kita ini.
Siapa yang patut dipersalahkan dalam masalah ini.????????
Ape tindakan yang telah dilakukan dalam membasmi masalah ragut ini???
Tak mungkin kita nak tunggu ahli keluarga atau saudara-mara yang kena baru nak amik kisah?
Saya rasa la kan kita sendiri yang patut berfikir dimana ingin mengelakkan daripada diragut.Dah kalau rantai,beg tangan terpampang untuk tontonan umum memang la senang untuk mat rempit ragut nya.kebanyakan masalah ragut semakin berleluasa mungkin kerana sikap wanita itu sendiri kerana suka menunjuk-nunjuk barang kemas dan membawa beg tangan kat bahu.Sikap yang macam tu la selalunya akan membawa kepada ragut.Kepada wanita-wanita yang mengunjungi blog saya,saya nasihatkan supaya berhati-hati semasa berjalan.Lepas tu elakkan daripada jalan seorang diri pada tempat yang sunyi.

0 comments: