CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 25 Ogos 2009




Isu mat rempit ini tidak akan selesai sekiranya hanya pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Semua pihak, termasuklah ibu bapa dan pihak sekolah, turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.

Usaha yang dimainkan kerajaan untuk mengadakan kempen dan program bersama mat rempit merupakan salah satu usaha yang harus dipuji kerana ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk bersama membanteras gejala yang tidak sihat ini.


Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu mat rempit ini.

Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik.

Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.

Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.

Secara tidak langsung, ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini.

Namun demikian, peranan ibu bapalah yang paling penting sekali kerana rata-rata mereka yang terlibat dalam kegiatan ini didapati kurang mendapat perhatian dari ibu bapa mereka. Malahan, ada segelintir ibu bapa dengan mudah membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal walaupun mereka tahu anak-anak mereka itu langsung tidak mempunyai lesen.




Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut.

Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi.

Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.
Bagaimana kita nak menangani masalah budaya merempit di kalangan remaja? Malah keadaan akan menjadi semakin serius sekiranya kita terus membiarkan mereka bermaharajalela. Lihat sajalah berapa banyak kes yang dikaitkan dengan mat-mat rempit ini. Seks bebas, ragut, dadah, bunuh dan sebagainya. Semuanya demi kepuasan diri masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada juga di kalangan mat-mat rempit ini yang tidak terjebak dalam masalah yang saya nyatakan tadi, tapi lumba haram yang disertai mereka boleh mengundang kecelakaan jalan raya kepada diri mereka dan juga orang awam.
Jadi apakah puncanya golongan belia ini merempit dan mengapa masyarakat kita gagal menanganinya?

0 comments: