Isu mat rempit ini semakin serius apabila pengguna jalan raya yang tidak bersalah telaha menjadi korban kepada mereka yang tidak berfikir panjang seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Kelantan iaitu Muhammad Aufal Khalifah Mohd Saberi yang maut apabila dirempuh oleh seorang mat rempit.
Disebabkan itulah mat-mat rempit ni amat membahayakan seluruh masyarakat.Sikap mereka yang sangat kurang ajar telah membangkitkan kemarahan semua orang seperti tindakan mereka yang berani memukul dan mencederakan penguna jalan raya yang menegur mereka.Malahan anggota polis pun ada yang pernah menjadi mangsa tindakan melulu mereka dimana ada yang cedera dan terkorban semasa dalam operasi mat rempit tersebut.Saya amat binbang tentang gejala mat rempit ini kerana mereka sangat tidak dapat dihalang dan semakin menjadi-jadi,bukan itu sahaja malah ada antara mereka yang baru belasan tahun sanggup berhenti sekolah dan ikut gejala-gejala yang tidak berfaedah ini.tgk gmbr ini di atas,pelajar sekolah yang ponteng dan buat kerja ni.
Sungguh memalukan kalau ada masyarakat luar yang melihatnya kan.tetapi mereka bukan fikir pun pasal tu,yang mereka tahu hanya keseronokan apabila boleh beraksi berbahaya macam tu.Mereka sebenar ni cuma nak perhatian dan dikatakan hebat di jalan raya,Bagi kumpulan mereka,orang yang paling berani akan disanjung.Oleh sebab itu lah ramai diantara mereka tidak mempedulikan bahaya yang menanti mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Mungkin juga mereka menganggap dengan melakukan aksi willy dan superman merupakan aksi yang hebat,tetapi mereka betul-betul tidak bahawa semua yang mereka lakukan adalah menunjukan kebodohan mereka dan sikap biadab kepada pennguna jalan raya lain.
Khamis, 20 Ogos 2009
Posted by mohdalifazroy-129174.blogspot.com at Khamis, Ogos 20, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan