Pada post kali ini,saya ingin memberitahu kepada anda sedikit tentang punca dan sebab kenapa gejala rempit ini sukar ditangani.Sebenarnya punca ni saya cari dalam internet tetapi saya nak brkongsi kepada anda supaya anda dapat ambil teladan.
Menurut Dr.Azeem Fazwan Ahmad Farouk,pensyarah di Universiti Sains Malaysia,budaya merempit ini gagal gagal ditangani kerana disebabkan oleh sikap masyarakat kita sendiri.Beliau berpendapat masyarakat sering menunding jari kepada agensi penguatkusaan seperti polis,dan JPJ apabila menyentuh mengenai isu rempit ini.Kita masyarakat sebenarnya tidak boleh buat endah tak endah jer dengan perkara ini.
Memang ada betul kata Dr.Azeem ni,tetapi mat-rempit ini mudah melenting apabila dicabar dan ditegur.Ada di antara mereka memang tak makan saman.Takut-takut kita pulak yang akan menjadi sasaran diorang selepas ini.Sebab tu la ramai yang takut nak berbuat apa-apa.Dr.Azeem berpendapat faktor utama kegiatan merempit ini adalah disebabkan golongan itu berasa bosan dan mahu ingin mencari keseronokan ekstrem dalam hidup mereka.Faktor tersebut dibimbangi kemudiannya akan mengundang ke[ada masalah jenayah lain seperti pergaduhan,merompak,ragut, dan rogol.Dalam hal ini,ibu bapa merupakan institusi utama yang perlu dipersalahkan kerana tidak memantau pergerakan anak-anak mereka.Ibu bapa seharusnya tahu ana-anak mereka berkawan dengan siapa,dan kemana mereka pergi.Ibu bapa seharusnya membimbing dan bukannya mengharapkan para guru di sekolah semata-mata.
Satu lagi faktor yang saya rasa punca merempit ini semakin menjadi-jadi adalah denga kehadiran filem-filem yang berunsur rempit dan budaya bebas di pawagam.Filem buatan Malaysia lagi tuu..Tajuk-tajuk filem seperti Rempit, dan Bohsia memang menjadi kegilaan di kalangan anak-anak muda masa kini.Memang tujuan asal filem-filem ini cuba untuk memberi kesedaran.
Tetapi masalahnya adakah mereka ni menerima mesej yang nak disampaikan atau mereka hanya mahu melihat adegan-adegan panas dan ekstrem dalam filem itu saja????
Anda semua pun leh jangkakan sendiri peningkatan kes lumba haram selepas filem Rempit ditayangkan.
Persoalan sekarang kemana perginya Jabatan Penapisan Filem Malaysia?????
Ahad, 23 Ogos 2009
Posted by mohdalifazroy-129174.blogspot.com at Ahad, Ogos 23, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan