CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 23 Ogos 2009





Sikap mat rempit amat la pelik kerana mereka merasakan seronok apabila ada sekatan polis trafik.Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis.Malah ada antara mereka sanggup melawan arus dan merempuh sekatan di jalan raya.Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota mereka tidak pedulikan.Ibu bapa akan menyalahkan polis apabila bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju.Ada juga kes dimana polis membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan lari.Akhirnya apabila pihak polis serik memberi kerjasama membendung gejala ini,sekali lagi ibu bapa menyalahkan pihak polis apabila pejam mata sahaja.Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.

0 comments: